Refleksi

MINGGU PERTAMA

Pada minggu pertama pembelajaran dalam semester 3 PISMP 2014, pensyarah kami iaitu Encik Firdaus telah mendedahkan kepada kami mengenai apa itu enjin pencarian. Sebagai bekas GSTT, secara keseluruhannya, kami tidak menghadapi masalah dalam hal ini. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan tanpa kecacatan. Kami telah diberikan tugasan mencari katalog internet, imej, dan audio yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Walau bagaimanapun, bagi memudahkan kerja, katalog internet dan audio hanya diberikan laman web dan boleh dipautkan terus kepada internet untuk mendapatkan hasil.



MINGGU KEDUA

Dalam minggu ini, kami telah diberikan kebebasan untuk memilih sendiri objektif-objektif dalam pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Saya telah memilih objektif dalam tahun dua. Dalam Bahasa Melayu, empat kemahiran yang perlu diterapkan kepada pelajar iaitu kemahiran mendengar, bertutur, menulis dan membaca. walau bagaimanapun, kemahiran mendengar dan bertutur tergolong dalam kemahiran lisan. Setiap objektif dikehendaki mencari dua teks yang sesuai dan seterusnya teks tersebut boleh digunakan sebagai alat untuk proses pengajaran dan pembelajaran. kami juga diarahkan mengulas mengapa teks tersebut sesuai digunakan dan huraian atau pengenalan sedikit mengenai isi teks.



MINGGU KETIGA

Minggu ini kami telah mengadakan perbincangan mengenai etika-etika penggunaan internet. Kami telah mencari bahan-bahan sebagai hujah untuk menghuraikan etika penggunaan internet. Begitu juga dengan Hak Cipta Terpelihara. Segala maklumat mengenai etika atau peraturan penggunaan internet telah didokumentasikan dalam bentuk Power Point dan telah dibentangkan serta akan dimuat turun dalam blog yang akan dibina. Hak cipta Terpelihara pula kami dokumentasikan dalam bentuk brosur. Brosur ini juga akan dimuat turun ke dalam blog. Dalam usaha membina brosur, terdapat di kalangan kami yang belum mampu menguasai dengan baik. walau bagaimanapun, pensyarah bersama dengan rakan-rakan lain yang telah menguasai pembinaan brosur ini telah membantu dan memberikan tunjuk ajar. Akhirnya, segala permasalahan dapat diselesaikan.


MINGGU KEEMPAT

Kami telah didedahkan dengan periasan "Wonder Share" dan digunakan untuk mengedit gambar dan video. Dalam minggu ini, banyak input yang kami telah perolehi daripada pensyarah dan rakan sekelas.  Dalam aktiviti mengedit video, kami meletakkan senikata lagu seperti yang dinyanyikan melalui tayangan. Kami juga mempelajari bagaimana cara memotong dan mengambil video yang dikehendaki. Keratan-keratan video yang dipotong akan disambung dengan menggunakan perisian dalam wonder share. Selain itu, kami juga telah mengedit gambar. semasa gambar-gambar ditayangkan, lagu atau muzik yang pelbagai juga boleh diiringkan. Saya sangat berterima kasih kepada pensyarah kami iaitu En.Firdaus di atas sumbangannya kepada kami. Sesungguhnya, sebagai seorang guru, pasti akan memerlukan ilmu pengetahuan seumpama ini. Pada minggu ini juga, kami telah mencipta blog sendiri dan dipautkan kepada pensyarah dan rakan-rakan sekelas. Blog ini akan dinilai sebagai hasil kerja kursus. Kami telah diminta oleh pensyarah agar sentiasa mengemaskini kandungan blog masing-masing.


MINGGU KELIMA

Dalam minggu ini, kami telah membuat tapak pembelajaran. Tapak pembelajaran yang telah saya pilih ialah tapak pembelajaran untuk tahun dua.  Dalam membina tapak pembelajaran, segala ilmu yang telah kami pelajari seperti mengedit video dan gambar telah diaplikasikan. Tapak pembelajaran ini digunakan sebagai bahan atau panduan untuk mengajar murid. Tema tapak pembelajaran yang saya bina ialah alam sekitar namun tajuk utama adalah berkenaan dengan pencemaran. Kemahiran ICT sangat penting dalam pembinaan tapak pembelajaran ini. Penggunaan power point, melakukan interaksi antara slaid ke slaid menggunakan hyperlink, meletakkan audio dan beberapa lagi. Tapak pembelajaran ini juga akan dimuat turun ke dalam blog masing-masing sebagai bahan perkongsian pelawat.








No comments:

Post a Comment