APAKAH ITU PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER?
Pengajaran Pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah
menjadi suatu perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
kerana penggunaan PPBK ini secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang
berkesan, aktif dan bermutu. Di sekolah-sekolah di negara kita, perisan PPBK
ini selalunya dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian
Teknologi Pendidikan. Apakah yang dimaksudkan dengan PBK. Menurut Sander
(1987), PPBK merupakan suatu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar
berinteraksi dan dibimbing komputer melalui satu proses pembelajaran yang
terancang untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Manakala Moursund
(1980) pula menyatakan PBK ini adalah untuk menyampaikan pengajaran kepada
pelajar-pelajar, di mana berlaku interaksi antara sistem komputer dengan
pelajar-pelajar untuk membantu mereka tentang bahan yang dipelajari.
Secara umumnya, PPBK ini mengandungi nota, soalan dan
ulangkaji. Kebolehan komputer dalam mengintegrasikan unsur-unsur video, bunyi,
teks dan grafik untuk membentuk perisian ini. Ini sudah tentu membawa makna
besar dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, khusunya dalam bidang
pendidikan. Dengan kata lain PPBK ini merujuk kepada penggunaan alat
pengarangan yang mengabungkan media video, bunyi, teks, animasi dan grafik bagi
tujuan menyampaikan maklumat dengan cara yang bermutu serta berkesan.
No comments:
Post a Comment