KEMAHIRAN
MEMBACA
Objektif 1
|
Membaca dan memahami
perkataan, frasa dan ayat majmuk yang mengandungi perkataan dua atau lebih
suku kata, diftong, vokal berganding , digraf, dan konsonan bergabung dengan
sebutan yang betul;
|
Tajuk Bahan 1
|
Pemburu dan penebang
kayu
(http://www.ceritakecil.com/cerita-dan-dongeng/Pemburu-dan-Penebang-Kayu-164)
|
Teks
|
"Saya tahu,"
kata penebang kayu itu, "sekaligus saya boleh menunjukkan dan
memperlihatkan kamu dimana Singa itu berada sekarang."
Sang Pemburu berubah
menjadi sangat pucat hingga giginya berbunyi kerena gemetaran akibat rasa
takut. Ia pun menjawab, "Tidak, terima kasih, saya tidak meminta semua
itu, saya hanya mencari jejak kakinya, dan bukan singanya."
Orang yang berani,
dibuktikan dengan perbuatan.
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Petikan ini sangat
sesuai untuk murid tahun dua kerana petikan cerita yang pendek dan
menggunakan perkataan yang mudah. Merujuk kepada objektif, murid boleh
mencari beberapa perkataan yang tidak difahami dan menyenaraikan untuk
dikemukakan oleh guru. Murid juga boleh mencari perkataan yang mengandungi
diftong, diagrap, dan konsonan yang betul. Di samping itu, disebabkan petikan
cerita ini pendek, murid boleh membaca dengan intonasi yang betul
berulang-ulang.
|
Tajuk Bahan 2
|
Tulang kita
(http://www.ceritakecil.com/ilmu-pengetahuan-dasar/artikel/Berapa-banyak-tulang-yang-kita-miliki-7)
|
Teks
|
Berapa banyak tulang
yang kita miliki?
Anak bayi yang baru
lahir memiliki 270 tulang. Beberapa tulang akan bergabung menjadi satu
saat kita mulai dewasa dan saat itu, tulang yang dimiliki oleh orang dewasa
menjadi 206. Pada bagian pusat, terdapat 74 tulang, termasuk 26 tulang
punggung, 22 pada bagian tengkorak dan 25 pada bagian-bagian yang disebut
rusuk. Tangan dan kaki memiliki 126 tulang, 62 di kaki dan 64 di tangan.
Telinga kita sendiri juga memiliki 6 buah tulang
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Petikan ini juga pendek
dan mudah. Di samping mengajar kemahiran berbahasa, guru bahasa Melayu juga
boleh mengajar dengan merentas kurikulum. Contohnya dalam petikan ini
menerangkan mengenai sistem tulang manusia dalam mata pelajaran sains. Murid boleh
diarahkan menyenaraikan suku kata terbuka dan tertutup dan menyebutnya dengan
sebutan yang betul. Bagi menjadikan proses pengajaran berjalan dengan lebih
menarik, sambil membaca beramai-ramai dengan bantuan guru, murid boleh
menunjukkan tulang bahagian mana yang dimaksudkan dalam teks.
|
Objektif 2
|
Membaca pelbagai jenis
ayat dengan lancar, berjeda, sebutan yang jelas, mengikut tanda baca dan
intonasi yang betul;
|
|
Tajuk Bahan 1
|
Sajak Melayu
(http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013/09/sajak-melayu-oleh-usman-awang-deklamasi.html)
|
|
Melayu itu orang yang
bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak
terkira
Kurang ajarnya tetap
santun
Jika menipu pun masih
bersopan
Bila mengampu bijak
beralas tangan.
Melayu itu berani jika
bersalah
Kecut takut kerana
benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat,
Jangan mati anak.
Melayu di tanah
Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut
Melayu,
Minangkabau memang
Melayu,
Keturunan Acheh adalah
Melayu,
Jakun dan Sakai asli
Melayu,
Arab dan Pakistani,
semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap
ke Melayu,
Malah muallaf bertakrif
Melayu.
|
||
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
|
|
Tajuk Bahan 2
|
Pantun teka-teki (http://aliashamzah2095.blogspot.com/p/pantun-teka-teki.html)
|
|
Teks
|
Kalau tuan bawa keladi
Bawakan juga si pucuk
rebung
Kalau tuan bijak bestari
Binatang apa tanduk
dihidung?
Beras ladang sulung
tahun
Malam malam memasak nasi
Dalam batang ada daun
Dalam daun ada isi
Terendak bentan lalu
dibeli
Untuk pakaian saya turun
kesawah
Kalaulah tuan bijak
bestari
Apa binatang kepala di
bawah?
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid mestilah berbeza dalam sesuatu tempoh pengajaran bagi
memastikan proses pembelajaran berlaku. Dalam petikan pantun di atas, guru
boleh meminta murid untuk membaca kuat dan lancar mengikut sebutan dan
intonasi mengikut cara membaca pantun. Dalam hal ini, secara tidak langsung
murid akan dapat bezakan intonasi bacaan pantun dengan puisi yang lain. Dalam
masa yang sama, murid boleh mengenal pasti idea utama yang diasmpaikan dalam
rangkap pantu. Maka, wujudlah suasana kelas dengan murid yang masing-masing
ingin meneka idea utama.
|
Objektif 3
|
Membaca dan memahami
maklumat tersurat daripada bahan multimedia untuk mengenal pasti idea utama
dan idea sampingan serta menyatakan urutan dengan betul;
|
Tajuk Bahan 1
|
Gotong-royong (gambar)
supriyadikaranganyar.wordpress.com
|
Teks / Bahan
|
|
Kesesuaian Dan Penerangan
|
Bahan gambar ini
memaparkan sebuah situasi yang berlaku dalam kelas. Setiap murid mempunyai
peranan masing-masing dalam usaha melahirkan suasana dalam kelas yang
kondusif.murid diminta memerhatikan gambar dalam beberapa minit kemudian guru
boleh bertanya kepada murid mengenai aktiviti yang dilakukan atau guru terus
mengarahkan murid menulis isi-isi mengikut pemahaman masing-masing. Gambat
ini sangat mudah dan secara tidak langsung dapat ditafsirkan oleh murid
mengenai isi tersurat iaitu bekerjasama atau bergotong-royong. Dalam hal ini,
murid mampu mengembangkan penulisan mereka melalui idea berpandukan gambar.
|
Tajuk Bahan 2
|
Poster kempen menjaga
kesihatan (tupperwarebrandsmalaysia.blogsport.com)
|
Teks / bahan
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Poster ini sangat jelas
maksudnya. Soal jawab boleh dilakukan oleh guru dan murid mencatat
perbincangan melalui soal jawab. Contoh soalan ialah apakah tujuan poster ini
dikeluarkan?, bagaimana cara kita menjadi sihat? Dan beberapa lagi. Sekiranya
murid faham sepenuhnya tujuan poster tersebut, dicadangkan murid boleh
membuat sebuah karangan pendek mengikut aras tahun dua.
|
Objektif 4
|
Membaca, memahami dan
menaakul bahan grafik dan bukan grafik bertujuan menyatakan maksud untuk
memindahkan maklumat dengan betul;dan
|
Tajuk Bahan 1
|
Bahaya penyakit ( ictskmaras.blogsport.com )
|
Teks /bahan
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Bahan grafik menyatakan
beberapa contoh penyakit yang berbahaya. Selain itu, grafik juga menyatakan
contoh punca datangnya penyakit. Bahan grafik sesuai untuk tahun dua kerana
mudah dan jelas. Dengan grafik ini, murid boleh menghurai maksud dengan
tepat.
|
Tajuk Bahan 2
|
Gambar ayam (
Azman-duniaku.blogsport.com )
|
Teks / bahan
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Sifat kanak-kanak
sememangnya suka melihat benda-benda yang menarik termasuklah melihat gambar
yang ditayangkan oleh guru.gambar ayam sesuai dijadikan bahan PdP kerana
kebanyakan murid berpengetahuan mengenai ayam kerana persekitaran selalunya
ada ayam terutamanya murid luar bandar. Berpandukan gambar dan pengetahuan
sedia ada murid, mereka meminda maklumat daripada gambar kepada penulisan
dengan betul dengan bimbingan guru bagi murid yang lemah. Dalam hal ini,
murid juga dapat membezakan yang mana satu grafik dan bukan grafik.
|
Objektif 5
|
Membaca dan memahami
pelbagai bahan kreatif untuk menambah ilmu pengetahuan, memperkaya kosa kata
serta meningkatkan kelancaran bacaan.
|
Tajuk Bahan 1
|
Majalah pendidikan (
mbegedut.wordpress.com )
|
Bahan
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Dalam majalah ini,
banyak karya yang boleh dibaca dan menarik sesuai untuk murid sekolah rendah.
Di samping dapat melancarkan bacaan dan mengukuhkan pemahaman tentang sesuatu
karya, mereka juga boleh meningkatkan penguasaan kosa kata. Walau
bgaimanapun, pemilihan bahan sangat penting untuk bahan bacaan bagi
mengelakkan murid bosan. Kreativiti guru sendiri sangat penting dalam hal ini
bagi memastikan pembelajaran berlaku contohnya meminta murid menyenaraikan
perkataan sukar dan yang baharu ditemui.
|
Tajuk Bahan 2
|
Sajak Sahabat ( tilulas.com
)
|
Bahan
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Membaca sajak kadangkala
membosankan terutama murid sekolah rendah. Tetapi sekiranya seseorang guru
kreatif mewujudkan suasana yang menarik ketika pelaksanaan PdP dengan
menggunakan petikan sdsajak, murid akan suka. Contohnya, sebelum membaca
sajak, guru tayangkan gambar video bagaimana membaca sajak dengan iringan
muzik yang diminati murid. Setelah itu, laksanakan langkah membahagikan dalam
kumpulan dan buat pertandingan tetapi sebelum pertandingan, berilah murid
peluang berlatih bagi melancarkan bacaan dengan betul. Dengan itu, secara
tidak langsung mereka akan berusaha membetulkan bacaan dan melancarkan
bacaan.
|
Kemahiran Lisan
Objektif 1
|
Mendengar, memahami,
menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat;
|
Tajuk Bahan 1
|
Anjing dengan bayang-bayang
(Video)
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Bahan video ini
menceritakan mengenai anjing dengan bayang-bayangnya. Cerita ini mengisahkan
anjing yang tamak. Semasa melintas jambatan, anjing terpandang
bayang-bayangnya menggonggong tulang yang disangkanya anjing lain. Anjing
tadi hendakkan tulang tersebut kerana sikap tamaknya. Dalam cerita ini juga,
banyak dialog yang mengandungi ayat tunggal dan majmuk.
|
Tajuk Bahan 2
|
Hikayat Sang Kancil Dan
Monyet (Video).
|
Bahan 2
|
( Video )
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Bahan video ini
merupakan cerita tentang Sang Kancil Dan Monyet. Cerita ini mengandungi
pelbagai dialog antaranya yang dikesan adalah penggunaan ayat tunggal.
Contohnya, guru boleh menyebut contoh ayat majmuk dan ayat tunggal
berdasarkan cerita
|
Objektif 2
|
Mendengar, memahami dan
memberikan respons secara lisan
atau gerak laku terhadap
arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan dan ayat ayat perintah jenis
larangan dengan betul;
|
Tajuk Bahan 1
|
Mengenal pasti jenis
ayat (http://cikgurazak.blogspot.com/2010/05/modul-tb-6-jenis-ayat.html)
|
Teks
|
Baca ayat-ayat di bawah dengan
teliti. Kenal pasti ayat-ayat tersebut dan klafikasikannya sama ada ayat-ayat
itu ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan, atau ayat permintaan.
(i) Awak siapkanlah kerja itu sekarang. (ii) Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi. (iii) Sila buat laporan tentang kejadian tersebut di balai pilis yang berdekatan. (iv) Tolong hantar jawapan sebelum hari Sabtu. (v) Engkau tunggu dia di rumah |
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Teks yang digunakan
adalah arahan yang ringkas dan mudah difahami. Guru boleh mengajukan soalan
pertanyaan (dalam teks) dengan menggunakan intonasi yang betul. Arahan yang
diberikan hendaklah jelas. Murid akan menjawab pertanyaan tersebut sama ada
secara individu atau secara kelas. Seterusnya, guru mengarahkan murid
bertanya kepada rakan-rakan berpandukan teks dengan intonasi yang betul.
Murid akan menjawab pertanyaan tersebut dengan jawaban yang betul.
|
Tajuk Bahan 2
|
Jenis ayat
|
Teks
|
( Video )
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Bahan video ini
memaparkan tentang jenis-jenis ayat yang digunakan berdasarkan situasi kartun
yang diberikan. Video ini dapat menarik perhatian murid kerana kartun yang
digunakan sangat diminati murid-murid. Video ini akan ditayangkan kemudian
guru akan membaca jenis-jenis ayat tersebut dengan jelas. Murid-murid akan
memberi respon melalui lisan dan gerak laku.
|
Objektif 3
|
Mendengar, memahami dan
memberikan respons secara lisan
atau gerak laku
berdasarkan pelbagai soalan bercapah dan pesanan mengikut urutan yang betul;
|
Tajuk Bahan 1
|
teka teki
(http://sayakika.blogspot.com/2010/08/teka-teki-berserta-jawapan.html)
|
Teks
|
Burung apakah yang hanya
boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin 2.Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang akan makan tepinya sahaja tetapi tengahnya tidak dimakan? Jawapan: Kuih Donat 3.Ada satu benda, kita berdiri dia baring, tapi bila kita baring dia berdiri dan bila kita jalan dia pun ikut sama. Tapi tanpanya kita tak ke mana. Jawapan: kaki |
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
soalan seumpama ini boleh menimbulkan suasana kelas yang harmoni kerana masing-masing ingin meneka jawaban. oleh itu, kemahiran bertutur dapat diterapkan.
|
Tajuk Bahan 2
|
Haiwan kesayanganku
|
Bahan
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Bahan ini merupakan
gambar rajah yang menunjukkan cara-cara menjaga haiwan peliharaan seperti
arnab. Murid akan memberikan respon secara lisan bagaimana menjaga haiwan
kesayangan mereka dengan baik. Selain itu, mereka akan menjawab pelbagai
soalan yang berkaitan tentang haiwan kesayangan mereka. Guru akan
menceritakan tentang haiwan peliharaan berdasarkan gambar yang diberi.
|
Objektif 4
|
Bertutur, berbual dan
menyatakan permintaan menggunakan ayat
yang mengandungi kata
panggilan bagi keluarga bukan dalam kalangan keluarga asas dan kata ganti
nama diri ketiga dengan betul dalam situasi tidak formal secara
bertatasusila;
|
Tajuk Bahan 1
|
Jiran Saya
|
Teks
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Gambar rajah yang
bertajuk 'jiran saya' ini menyatakan tentang siapa jiran kita. Kemudian,
terdapat contoh kata panggilan yang sesuai untuk memanggil jiran sama ada
lelaki atau perempuan, serta yang muda dan tua daripada umur kita. Guru akan
membaca dan bercerita tentang jiran.
|
Tajuk Bahan 2
|
Tolong Menolong
|
Teks
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Bahan ini sesuai
dijadikan bahan pengajaran yang menggunakan kemahiran mendengar dan bertutur.
Beberapa orang murid akan membaca dan berlakon di hadapan rakan sekelas berdasarkan
dialog yang diberikan.
|
Objektif 5
|
Bercerita tentang
sesuatu perkara dan menceritakan perkara yang
didengar dengan tepat
menggunakan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
|
Tajuk Bahan 1
|
Kisah Sang Kancil Dan Gergasi
|
Bahan
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Kisah ini diceritakan
kepada murid melalui persembahan Slide yang mempunyai suara audio. Cerita
tersebut mudah difahami oleh murid tahun 2
|
Tajuk Bahan 2
|
Anjing Dan Bayang-bayang
|
Bahan
|
|
Kesesuaian Dan Penerangan
|
Kisah ini ditayangkan
kepada murid untuk mendengar cerita yang disampaikan.Kemudian, murid akan
bercerita tentang tajuk cerita yang disediakan.
|
:
Objektif 6
|
Berbicara untuk mendapat
dan menyampaikan maklumat tentang
sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi rangkai kata
yang sesuai secara bertatasusila; dan
|
Tajuk Bahan 1
|
Mencegah Penyakit
|
Bahan
|
( Bahan Video )
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Video ini ditayangkan
kepada murid kemudian murid diminta untuk berbicara dan menyampaikan
maklumat yang terdapat di dalamnya.
|
Tajuk Bahan 2
|
Amalkan hidup sihat
|
Bahan
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Gambar ini ditayangkan
kepada murid kemudian murid diminta untuk berbicara dan menyampaikan
maklumat yang terdapat di dalamnya.
|
Objektif 7
|
Berbincang dan
mengemukakan pandangan dan pendapat
tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
|
Tajuk Bahan 1
|
Mejaga Kesihatan
|
Teks
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Gambar ini memaparkan
klasifikasi makanan untuk kesihatan. Murid boleh berbicara melalui pengalaman
sedia ada mengenai makanan untuk kesihatan.
|
Tajuk Bahan 2
|
Pantun Nasihat Pesan
|
Teks
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Petikan ini sesuai
digunakan untuk murid tahun dua kerana ia mengandungi pantun yang berunsurkan
nasihat serta mempunyai nilai yang baik. Selain itu, pantun ini juga adalah
mudah untuk dibaca.
|
Objektif Kemahiran Menulis Tahun 2
Objektif 1
|
menulis secara mekanis
pelbagai perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih
suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan
betul serta tulisan yang kemas dan cantik
|
Tajuk Bahan 1
|
Lagu
|
Teks
|
Lagu ( buku teks
m/s : 6 )BM tahun 2
Pesanan Pak Usu
Buai laju – laju
Sampai pucuk nangka
Dengar kata Pak Usu
Taat ibu bapa
Buai laju – laju
Sampai pucuk rambai
Dengar kata Pak Usu
Tentu tidak cuai
Buai laju – laju
Sampai pucuk ara
Dengar kata Pak Usu
Hormat saudara- mara
( irama lagu ‘ Buai
Laju-laju’ )
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Petikan lagu ini pendek
dan mudah. Murid boleh menulis semula dengan tulisan yang betul dan kemas.
Guru boleh mengarahkan murid menyalin sebelum menyayi dan memberikan syarat
kepada mereka. Syarat tersebut mungkin menghasilkan tulisan yang kemas dan
cantik.
|
Tajuk Bahan 2
|
Diagraf
(http://preschoolskj11.blogspot.com/)
|
Bahan
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Lembaran kerja berikut
sesuai untuk murid tahun 2 kerana murid tahun dua belum mampu berfikir dengan
kritis. Sebagai pendedahan awal, lembaran kerja seumpama ini sangat membantu.
Mereka boleh menyesuaikan perkataan dengan gambar.
|
Objektif 2
|
menulis secara mekanis
abjad dan perkataan dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul dan kemas
|
Tajuk Bahan 1
|
Tulisan berangkai (eudukasi.kompasiana.com
)
|
Teks
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Bagi murid yang masi
belum menguasai cara menulis yang betul dan kemas, guru boleh menyediakan
lembaran kerja seperti ini dan menyuruh murid meniru tulisan. Sekiranya
ulangan demi ulangan diberikan, lama kelamaan, mereka akan terbiasa dan boleh
menulis dengan kemas tanpa menggunakan garisan seperti yang terdapat dalam
lembaran kerja di atas.
|
Tajuk Bahan 2
|
http://latihantahun1dan2.blogspot.com/2013/12/tulisan-berangkai.html
|
Bahan
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Latihan ini berkesan
untuk memperbaiki lagi tulisan murid tetapi selepas murid menguasai cara
menulis dalam bentuk huruf demi huruf. Latihan ini juga boleh digunakan
sebagai pengayaan selepas murid menguasai penulisan huruf demi huruf.
|
Objektif 3
|
membina dan menulis,
perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan diftong, vokal
berganding , digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang
kemas dan cantik;
|
Tajuk Bahan 1
|
Vokal berganding
|
Teks
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Vokal berganding adalah
perkataan yang terhasil daripada gabungan dua huruf vokal. Murid tahun dua
didedahkan dengan huruf vokal berganding melalui penulisan. Contohnya mengisi
vokal berganding yang sesuai pada perkataan berpandukan gambar. Murid boleh
diberikan pilihan jawapan dan hanya tinggal mengisikan di tempat kosong yang
diberikan.
|
Tajuk Bahan 2
|
Diftong
|
Lagu Pesanan Pak Usu
(irama buai laju-laju)
Buai laju-laju,
Sampai pucuk nangka,
Dengar kata Pak Usu,
Taat ibu bapa,
Buai laju-laju,
Sampai pucuk rambai,
Dengar kata Pak Usu,
Tentu tidak cuai
Buai laju-laju,
Sampai pucuk ara,
Dengar kata Pak Usu,
Hormat saudara mara.
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Diftong dieja dengan
gabungan huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran. Dalam bahasa
Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf
vokal iaitu ai, au, oi. Melalui teks ini, murid dikehendaki menyalin semula
perkataan yang mempunyai huruf diftong. Huruf-huruf ini mudah dan senang
ditiru oleh murid tahun dua.
|
Objektif 4
|
membina dan menulis ayat
tunggal dan ayat majmuk berdasarkan soalan dan bahan grafik dengan betul dan
tulisan yang kemas;
|
Tajuk Bahan 1
|
Ayat Tunggal
|
Teks
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Ayat-ayat tunggal
seperti yang ditunjukkan adalah mudah dan sesuai dengan murid tahun dua. Ayat
tunggal disertakan dengan gambar mampu merangsang minat murid untuk melajar
dan secara tidak langsung, penguasaan mereka terhadap ayat tunggal adalah
mudah. Di samping mempelajari ayat tunggal dengan membaca, mereka akan
menulis semula ayat-ayat tunggal tersebut dengan tulisan yang betul dan
kemas.
|
Tajuk Bahan 2
|
Ayat majmuk
|
Teks
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Ayat-ayat seperti yang
terdapat dalam teks adalah ayat tunggal. Murid dikehendaki menjadikan
ayat-ayat tunggal tersebut kepada ayat majmuk dengan hanya menambahkan kata
hubung yang telah disediakan. Dalam hal ini, murid tahun dua sebenarnya belum
faham sekiranya kita terangkan kepada mereka apakah itu ayat majmuk. Namun,
aktiviti ini adalah sebagai pendedahan awal kepada mereka. Fokus utama di
sini ialah hanya menulis.
|
Objektif 5
|
menuliskan imlak
perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong,
vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat;
|
Tajuk Bahan 1
|
Imlak perkataan yang
mengandungi diftong
|
Teks
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Perkataan-perkataan
mudah ini yang mengandungi diftong akan disebut oleh guru satu persatu. Murid
akan memegang kertas dan pensel sambil menulis perkataan yang dibaca oleh
guru. Di samping memerlukan mereka untuk menulis, aktiviti imlak ini mampu
menjadikan murid berfikir bagaimana mengeja perkataan yang disebut oleh guru.
|
Tajuk Bahan 2
|
Tubuh Badan kita
|
Bahan
|
1. Muka
2. Hidung 3. Mata 4. Tangan 5. Kepala |
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Contoh perkataan ini
dijadikan sebagai bahan untuk diimlakkan kepada murid dalam kelas. Bahan ini
bertemakan tubuh badan manusia.
|
Objektif 6
|
mencatat maklumat yang
betul untuk membanding beza dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai
sumber;
|
Tajuk Bahan 1
|
Akibat perbuatan jahat
|
Bahan
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Bahan ini ditunjukkan
kepada murid. Kemudian, mereka diminta untuk mencatat perkara yang baik dan
buruk yang terdapat di dalam situasi gambar rajah tersebut
|
Tajuk Bahan 2
|
Rutin Harian Saya
|
Bahan
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Murid diminta menulis
ayat tunggal yang mudah tentang rutin harian berdasarkan gambar diberi, Guru
membimbing murid menulis perkataan.
|
Objektif 7
|
menulis untuk
menyampaikan maklumat yang berbentuk puisi menggunakan perkataan, diksi,
frasa dan ayat serta menegaskan kesantunan berbahasa.
|
Tajuk Bahan 1
|
Lengkapkan pantun
|
Bahan
|
Kalau ada sumur di
ladang,
Boleh saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, ________________________ Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, _________________________ Panjang umur jumpa lagi, Budi yang baik dikenang juga, |
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
Bahan tersebut sesuai
digunakan untuk murid tahun dua. Pantun yang tidak lengkap diberikan kepada
mereka. Kemudian, lengkapkan pantun berdasarkan pilihan jawapan yang
disediakan
|
Tajuk Bahan 2
|
Sajak
|
Bahan
|
|
Kesesuaian Dan
Penerangan
|
No comments:
Post a Comment